Nuffnag

13 April 2016

Lagi Mandi Kat Nahara

Ni cerita sabtu lepas. Pagi tu tengah siap2 nak p pasar beli stok lauk basah. Kak shila call ajak datang ke UPSI. Suruh bawa scooter aqif. Bolen main dengan aqil. Aqil bawa roller blade.
Lepas tu joging sekejap kat stadium baru UPSI. Sembang2 kak shila ajak mandi sungai. Ok je.
Plan pergi dalam pukul 2.30 petang sbb nak tunggu mimi ada tuisyen kat sekolah.
Bawa makanan masing2. Aku masak kari ayam. Kak shila masak sayur buncis, sambal ikan bilis, sambal udang.
Fatin pun ada sebab Jumaat sebelum tu sekolah dia cuti peristiwa. Memang seronok la budak2 ni.
Balik dalam pukul 6. Sampai rumah aqif sembang2 dgn papa jap lepas tu pengsan sampai ke pagi. Ye la dari pagi main je.



Last sekali ada video aqif. Aku tak tahu awat la tab aku la ni. Bila amik gambar, video elok je aku rasa. Sekali hasilnya senget. Kalau gambar bolehlah aku rotate. Video ni aku x reti macam mana nak rotate. Aqif tengok ada abang2 kat situ main tali ni. Dia pun cakap nak main. Mula2 aku pun takut gak nak bagi dia main. Kang kalau tangan dia terlepas pegang tali tu mcm mano. Mau tercampak kat mana2. Aku risau gak.

Aqif beria nak main. Aku bagi je la. Percubaan pertama lulus. Dia nak main lagi. Main la nak. Bukan main suka aqif main. Yang penatnya aku la kene tarik balik tali tu. Dah la sakit. Dalam air tu ada pasir dgn batu. Demi mu anak, mama gagahkan la jua. Aqil x main. Dia penakut sikit.

Aku teringin gak nak main tali ni. Dah naik atas batu tu bape kali. Sekali tgk gayat lak. Hahaha turun balik. Aku takut aku terlepas nak pegang tali tu. Mau tercampak aku. 


06 April 2016

Naik Komuter Tanjung Malim - Rawang - Tanjung Malim

Pagi2 ahad lepas en suami dah gerak bangun ajak sarapan kat luar. Mula2 aku pun macam malas gak. Sebab malam tu tido lewat. Aku pun lupa nape aku tido lewat.

Boleh lak time tu perut memulas sbb mlm tu aku telan herblax. Dah alang2 bangun terus je la bersiap. Aqif lak buat perangai. X nak bangun. Aqif cakap ngantok lagi la tu la ni la.

Last2 keluar rumah dalam pukul 10.

Pukul 10 baru nak sarapan apa? Sekarang ni tempat makan sarapan perebet en suami nun kat kedai sebelah komuter tu. Sambil makan boleh tengok komuter lalu.

Lepas tu en suami ajak naik komuter. Aku dengan aqif dah pernah naik komuter dari Tanjung Malim ni. en suami 1st time. Naik sampai Rawang, pastu patah lah balik. Hahahaha xde kerja kan.

Beli tiket 2 hala terus. Dewasa Rm15, kanak2 Rm7.6.

Sampai rumah dalam pukul 1.30pm. En suami p menembak ikan. Aku kemas rumah.

Jom layan gambar.













05 April 2016

Pasang Wallpaper Kaison

Ni cite minggu lepas kot hari Selasa. Lepas aku balik sabak berdua dengan aqif. Masa ni aku cuti 3 hari. Isnin-Rabu.

Plan asal wallpaper ni nak pasang dalam bilik tidur aku. Last2 pasang kat wall. Aku pasang berdua dengan bantuan aqif.

Wallpaper ni senang je pasangnya. Macam sticker je. Buka belakangnya pastu tampal. Kalau nak buka balik, pastu tampal pun masih lekat lagi.

Harga RM19.90 segulung. Untuk wall ni aku pakai 1 roll setengah. Ada balance lagi. Ni pun aku beli dengan bantuan PS (Personal Shopper). Kalau order dengan PS ada caj upah dengan kos pos la. Ok la kot dari aku nak p sendiri. Duit minyak, tol, makan lagi. Ye dak.

Ni pun aku rasa x kemas aku pasang. Senegt benget. Nak je aku buka blk pastu pasang semula. Tapi mcm malas lak. Hahaha. Layan kan je la.








Masa mula2 aku pasang aqif tak bangun tido lagi. Dia keluar bilik cari aku. Hug2 kiss2 sikit aqif minta susu. Kat sini pun pun jadilah nak menyusu.





Taraaa cantik x? Masa ni x siap kemas sepenuhnya. Dah x larat. Sebab aku nak masak. En suami nak balik makan tengahari. tu yang terkejar2 pasang.

Bagi mata aku cantik je. Sebab kat wall tu pun aqif dah conteng sikit. Kat dinding kiri kanan tu pun penuh hasil seni aqif. Sakit je mata aku. Ada gak bgtau en suami nak cat rumah.

Soalan en suami, u rasa aqif lepas ni x conteng lagi ke? Terus aku terdiam. Hahaha. Bila masa ntah aqif conteng aku pun x perasan. Tengok2 je dah ada. Sabo je la mak ko ni nak.